Sunday, July 19, 2009

Kaedah tradisonal untuk rawat penyakit


salam,,hai,,apa khabar sihat ke ,,pada masa ini Ap88 akan masukkan petua-petua kesihatan mengikut teknik tradisional yang digunakan untuk merawat bebanyak penyakit yang pada dasarnya Ap88 rasakan orang zaman sekarang mudah sangat terlupa bagaimana petua tradisional mampu menyelamatkan kita..semua maklumat ini Ap88 ambil dari laman web yang bagus untuk anda

Merawat demam campak.

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).

Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

Kapur baik untuk menyembuhkan bisul,

caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

Anak-anak kencing malam

Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.

Daun Semambu

0 comments:

Post a Comment

Template by: Free Blog Templates