Thursday, July 23, 2009

Tips Pencegahan Selesema H1N1...hentam ajelah


hai everyone,,Ap88 try write in english,,this time Ap88 want write about how we can elakkan ourself from this virus influnza H1N1,,di sini Ap88 give a good tips and at same time Ap88 hope what Ap88 write will help everyone,,now,,let go straight,,this tips pencegahan selesema H1n1 or Selesema Babi

1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.
2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).
3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)
4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.
5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.
6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)
7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih
8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.
9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC
Pada 23 November 2008, POD/PGB telah menjalankan Latihan Persediaan Kecemasan Pandemik Selsema Burung (Avian Influenza Emergency Preparedness Exercise). Latihan persediaan tersebut juga bersesuaian dengan persediaan kepada Kecemasan Selsema Babi (Swine Influenza) yang sedang berlaku sekarang kerana kesan wabak kedua-dua jenis selsema ini adalah sama.
(Sumber: WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan)





















Ap88 arap akan membantu semua,,heheheh

Kos pembakar roti Vs KEMPEN xnak Merokok?

salam,,bertemu kembali di kala hening embun yang membasahi bumi,,sebenarnya pada kala ini ,Ap88 baru abis makan roti bakar bersama dgn air panas,,mungkin ramai yang memikir apa yang Ap88 sedang mengarut,,sebenar Ap88 di dalam keadaan yang tgh beku otak dgn idea yang sejuk sesejuk embun membasahi bumi,mesti ramai yang tertarik dengan iklan kempen TakNak Merokok yang hangat dilancarkan kepada seluruh warga Malaysia yang "aman" dan "baik hati"..sebenarnya Ap88 melihat secara asasnya kempen yang dilancarkan tidak mencapai keberkesanan,,mungkin ramai akan melenting dengan apa yang Ap88 akan katakan ,,tetapi serius Ap88 kebanyakkan kempen atau iklan yang dilakukan semata-mata untuk mengurangkan kadar ketagihan rokok atau penghisap rokok,,mungkin Ap88 tidak masukkan fakta yang betul,,biasalah Ap88 punya pemikiran di kala jam 3.21 pagi agak lembab,,hehehehe..tetapi berdasarkan apa yang Ap88 belajar selama setahun di universiti tempatan yang terkemuka di dalam n di luar Malaysi.Ap88 melihat beberapa faktor seperti

1.mesej yang tidak sampai kepada khalayak sasaran
2.pemilihan media yang tidak sama dengan taraf kehidupan masyarakat
3.definisi mesej yang hendak disampai tidak jelas(best roti bakar)..
4.dimana pemantauan selepas kempen ini dilakukan.
5.berbaloi kos yang dikeluarkan dengan hasil yang diterima (malah statatisk makin naik)

rasanya Ap88 dah mengarut banyak sangat,,nanti ada yang terasa,,dh Ap88 dikacau oleh dengkuran syaitan yang menggoda teman sebilik ibarat lembu berdengkur,,hhehe,,xpi Ap88 bandingkan dengan pembakar roti yang mana Ap88 gunakan untuk membakar roti atau secara tersiratnya untuk menjimat perbelanjaan Ap88 sewaktu belajar di sekarang,,walaupun pembakar roti berkos rendah,,tetapi ia sangat memberi banyak kegunaan dan menjimatkan banyak pihak ,,malah makin ramai orang menggunakan,,tetapi berbanding dengan jumlah yang dibelanjakan semata-mata untuk menyampai mesej atau kempen ,,jumlah yang sangat tinggi tetapi bagaimana pulangan nya,,adakah terdapat roti yang belum habis digunakan tetapi dijual semula,,,hahahaaha,,oklah,,sampai disisi Ap88 bermadah,,salam,,byemm

Template by: Free Blog Templates