Friday, July 10, 2009

Sehening kabus sesejuk embum

salam,,Ap88 mengucapkan selamat tidur kepada sesiapa yang akan tidur dengan apa yang berlaku sewaktu embun membasahi bumi pada malam jumaat,,pada malam nie,,Ap88 akan menyiarkan tentang pakaian dan adab berpakaian,,pada masa ini apa yang Ap88 lihat kebanyakkan manusia yang "ISLAM" dari nama tetapi hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui tentang apa yang tersirat dan kezaliman dalam kepuraan-puraan,,Namun Ap88 yang kurang ilmu kurang mengerti dan puas mencari jawapan mengapa kita mampu membeli dan menyediakan keperluan dengan lengkap dan memuaskan hati semua orang di sekeliling kita,,namun betapa kesian dan bodohnya kita kerana tidak mampu membeli pakaian yang boleh menutup aurat yang Ap88 rasakan sangat mudah dan murah dan bahawa manusia tidak kira lelaki dan perempuan tidak mampu,,Bodoh kan,entahler,,embun yang membasahi bumi sekadar mampu menghangatkan terjahan,,tetapi Ap88 bermadah bukan syok sendiri ,,malas nk Ap88 menulis lelama,,bukan apa,,kita sekadar akan melenakan orang yang 'tidur' dengan apa yang kita luahkan,,oooo,,biarkan Ap88 masukkan sedikit hadis yang mungkin mampu 'menyedarkan' atau 'melenakan' si tidur,,hehehe,harap maaf kerana tangan Ap88 terasa panas bahang dosa,,Ap88 tidak cukup ilmu,,renungkan seandainya panggilan Ilahi belum sampai lagi,,gunakan masa yang ada,,,salam dari Ap88

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan, beliau begitu bangga dengan juntaian rambutnya serta kejantanannya, tiba-tiba beliau ditenggelamkan oleh bumi, maka beliau pun terbenam di dalam bumi sehingga ke Hari Kiamat.

Hadis Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:
Seorang wanita datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku mempunyai seorang anak perempuan yang bakal menjadi pengantin. Beliau pernah diserang penyakit campak, sehingga rambutnya gugur. Bolehkah aku menyambungnya dengan rambut orang lain? Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mengutuk orang yang menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya.
Hadis Huzaifah r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu sekalian minum dalam bekas minuman emas dan perak. Jangan memakai pakaian dari sutera kerana pakaian sutera itu untuk mereka iaitu orang-orang kafir di dunia dan untuk kamu sekalian di akhirat pada Hari Kiamat kelak.

Ap88 mengharapkan berlaku perubahan ,,tetapi seandainya masih sama,,bersedia untuk menunggu panggilan dari Maha Pencipta,,

0 comments:

Post a Comment

Template by: Free Blog Templates