Tuesday, June 30, 2009

Kepentingan memberi salam sebagai lambang perpaduan Umat Islam

Assalamualaikum.apa khabar saudara Ap88 yang dikasihi oleh Allah S.W.T..Ap88 mahu membingkai permasalahan di kalangan orang Islam yang "sejati" iaitu tabiat memberi dan menjawab salam,,kenapa kita begitu payah nk memberi salam dan menjawab salam,,adakah mulut kita nie tersimpan emas yang berat sampai payah memberi dan menjawab salam,,adakah payah sangat,,alangkah bodohnya kita kerana kita kurang sedar bahawa dengan memberi dan menjawab salam sebenar dapat mengukuhkan perpaduan kita,,oleh itu Ap88 akan memberi hadis untuh mengukuhkan pandangan Ap88,,diharap kita mengambil iktibar,,,

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

0 comments:

Post a Comment

Template by: Free Blog Templates