Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Kos pembakar roti Vs KEMPEN xnak Merokok?

salam,,bertemu kembali di kala hening embun yang membasahi bumi,,sebenarnya pada kala ini ,Ap88 baru abis makan roti bakar bersama dgn air panas,,mungkin ramai yang memikir apa yang Ap88 sedang mengarut,,sebenar Ap88 di dalam keadaan yang tgh beku otak dgn idea yang sejuk sesejuk embun membasahi bumi,mesti ramai yang tertarik dengan iklan kempen TakNak Merokok yang hangat dilancarkan kepada seluruh warga Malaysia yang "aman" dan "baik hati"..sebenarnya Ap88 melihat secara asasnya kempen yang dilancarkan tidak mencapai keberkesanan,,mungkin ramai akan melenting dengan apa yang Ap88 akan katakan ,,tetapi serius Ap88 kebanyakkan kempen atau iklan yang dilakukan semata-mata untuk mengurangkan kadar ketagihan rokok atau penghisap rokok,,mungkin Ap88 tidak masukkan fakta yang betul,,biasalah Ap88 punya pemikiran di kala jam 3.21 pagi agak lembab,,hehehehe..tetapi berdasarkan apa yang Ap88 belajar selama setahun di universiti tempatan yang terkemuka di dalam n di luar Malaysi.Ap88 melihat beberapa faktor seperti

1.mesej yang tidak sampai kepada khalayak sasaran
2.pemilihan media yang tidak sama dengan taraf kehidupan masyarakat
3.definisi mesej yang hendak disampai tidak jelas(best roti bakar)..
4.dimana pemantauan selepas kempen ini dilakukan.
5.berbaloi kos yang dikeluarkan dengan hasil yang diterima (malah statatisk makin naik)

rasanya Ap88 dah mengarut banyak sangat,,nanti ada yang terasa,,dh Ap88 dikacau oleh dengkuran syaitan yang menggoda teman sebilik ibarat lembu berdengkur,,hhehe,,xpi Ap88 bandingkan dengan pembakar roti yang mana Ap88 gunakan untuk membakar roti atau secara tersiratnya untuk menjimat perbelanjaan Ap88 sewaktu belajar di sekarang,,walaupun pembakar roti berkos rendah,,tetapi ia sangat memberi banyak kegunaan dan menjimatkan banyak pihak ,,malah makin ramai orang menggunakan,,tetapi berbanding dengan jumlah yang dibelanjakan semata-mata untuk menyampai mesej atau kempen ,,jumlah yang sangat tinggi tetapi bagaimana pulangan nya,,adakah terdapat roti yang belum habis digunakan tetapi dijual semula,,,hahahaaha,,oklah,,sampai disisi Ap88 bermadah,,salam,,byemm

Tuesday, July 21, 2009

Sesejuk embun di kala hening subuh


Salam n selamat pagi ,adakah anda sudah solah subuh atau sedang asyik melayan dekuran sang syaitan yang bernafsu untuk menggoda anda ke arah jalan keburukan,,anda fikirlah ,,di kala hening subuh nie, Ap88 terbuka minda untuk menacri satu kuasa yang boleh menenagkan fikiran Ap88 yang tengah serabut, namun demikian kekacauan hening pagi Ap88 dikacau dengan isu PPSMI yang secara sengaja memaksa wacana pemikir untuk berfikir,,pada mulanya Ap88 amat terkejut dan selalu mengikuti perkembangan isu PPSMI ini,,Ap88 menyorot kisah bagaimana pelaksanaan yang dikatakan terburu-buru,rasioanal yang dikatakan belum jelas, masalah yang muncul,tetapi pada aggapan Ap88 yang masih kurang baik,,almaklumlah embun yang sejuk mengacau kewarasan pemikiran ,tetapi Ap88 sedih melihat juga kerana PPSMI yang pada hemah Ap88 ,merupakan datu dasar yang sangat bagus demi melihat kemajuan masa depan,namun yang demikian biasalah manusia zaman sekarang suka berfikir untuk kebaikan pada jangka masa pendek tanpa memikirkan dengan lebih waras almaklumlah semua manusia yang membangkangkan isu PPSMI bertaraf "profesioanal",,mereka yang bertaraf "profesioanal" merupakan yang terbaik sehingga apa yang tidak baik dikatakan baik asalkan suara mereka didengari almaklum Malaysia sebuah negara DEMOKRASI,,heheheehe,,entahler,,pada pendapat Ap88 yang beku dikacau embun sejuk dan dengkuran syaitan pemusnah,,Ap88 berharap sepatutnya PPSMI ini tidak dimansuhkan tetapi Ap88 mahu bertanyakan adakah kerajaan Malaysia sanggup menukarkan keseluruhan sistem pendidikan dan pengajian kita kepada yang lebih moden,,entahler,,Ap88 rasakan kerajaan dan orang ramai mungkin payah nk berubah ,mungkin disebabkan teruja untuk melihat Malaysia vs MU,,,ataupun nk suka melihat dan beraksi seperti sang merak yang perasan dirinya cantik dan menarik,,entahler,,pemikiran Ap88 kadang-kala bukan waras pun,,tetapi ,,biarkan,,oklah,,Ap88 nk mengundurkan diri,,Ap88 terfikir macam mana nk jumpa bunga yang manis pada hari ni,,perlukah berpakaian cantik dan kemas atau cuba mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri supaya dapat mencari alternatif yang lain supaya Ap88 dapat menarik minat bunga manis,,heeheee


cantikkan bunga ini kalau diberikan kepada sibuah hati,,dan lagi cantik jika kita mengenalpasti dan mencari alternatif untuk memantapkan cinta dari mudah cemburu buta,,,

Saturday, July 18, 2009

Bisnes untuk masa depan??..PERLU ke,,aduhai,

salam,,apa kabare?baik atau enggak,,dh lama Ap88 tidak bersumbang tulisan bermadah fikiran,,hari ini Ap88 mahu mengatakan tentang keperluan bisnes untuk masa depan,,entah kenapa Ap88 kadang-kala mengapa isu ini patut dibicarakan,,pada mulanya Ap88 berfikir watpe berfikir sedangkan Ap88 sedang asyik menuntut belajar dengan ilmu dan bernakal dengan bunga yang manis,,hehehheeheh,,,akhirnya,kepala Ap88 hampir pening dan tertburai satu jawapan dan Ap88 dapat merasakan bahawa kepentingan perniagaan di masa depan,,Bagi Ap88 ,perniagaan merupakan satu yang dituntut oleh Islam dan Allah S.W.T yang berkuasa segalanya menggalakkan hamba-hambaNya supaya menceburi perniagaan kerana 9/10 sumber pendapatan bermula dengan perniagaan,,Ap88 mula terfikir bahawa seandainya ia benar-benar maksud Ap88 ialah seandainya Ap88 memulakan perniagaan ,Ap88 mesti melakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas sepenuh hati tanpa menyusahkan serta menganiaya para pelanggan ,,Ap88 berharap perniagaan Ap88 yang Ap88 akan ceburi tidak menjadi seperti perlakuan "Nasib Pak Lebai Malang" kerana kebanyakkan para peniaga ,,,maksud Ap88 ,,BERNIAGA,,xpi konteks BERNIAGA disalahertikan ,,mereka menipu para pelanggan mereka dan mereka tamak untuk merebut segalanya,,cume nasib PENIAGA YANG KAMBING HITAM berakalkan idea MERAK SOMBONG,,agak baik dari perilaku Pak Lebai Malang,,tetapi Ap88 hendak tahu ,,sebab Ap88 masih belum tajam pemikiran,,almaklum budak hingusan ,,tetapi perilaku peniaga PENIAGA YANG KAMBING HITAM berakalkan idea MERAK SOMBONG mungkin lebih hebat berfikir dari Ap88,,hmmmmmmm,,biarlah,,kadang-kala,Ap88 sedar sebelum harta haram dan panas itu disejukkan ..Ap88 berharap mana-mana peniaga yang Berimamkan Iman dan berkiblatkan Taqwa mampu membantu Ap88 untuk mencari prospek perniagaan yang sah dan halal,,biar hasil sedikit asalkan tidak Hangus keluarga keturunan Ap88 nanti,,oklah,,mata Ap88 ngantuk,,mungkin terlalu berfikir ,,lepas nie Ap88 nk mencari ilham sambil mencari ruang untuk bernakal dengan si bunga manis,,cantik ,,,harap Ap88 dapat menjadi tempat kumbang yang baik,,huuuhuuhu

Hadis Ibnu Umar r.a:
Ada seorang lelaki memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa dia ditipu dalam jual belinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang akan berjual beli dengan kamu katakan kepadanya: Tiada penipuan! Semenjak itu, apabila berjual beli, beliau akan berkata: Tiada penipuan!.

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang dari menjual buah-buahan sehinggalah betul-betul masak. Larangan itu ditujukan kepada penjual dan pembeli

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w melarang menjual buah kurma yang belum masak, sehingga ia boleh dimakan atau boleh ditimbang. Aku bertanya: Apakah ertinya boleh ditimbang itu? Seorang lelaki yang berada di sisinya menjawab: Sehingga boleh dikira.


RENUNGKAHLAH,,,

Friday, July 10, 2009

Sehening kabus sesejuk embum

salam,,Ap88 mengucapkan selamat tidur kepada sesiapa yang akan tidur dengan apa yang berlaku sewaktu embun membasahi bumi pada malam jumaat,,pada malam nie,,Ap88 akan menyiarkan tentang pakaian dan adab berpakaian,,pada masa ini apa yang Ap88 lihat kebanyakkan manusia yang "ISLAM" dari nama tetapi hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui tentang apa yang tersirat dan kezaliman dalam kepuraan-puraan,,Namun Ap88 yang kurang ilmu kurang mengerti dan puas mencari jawapan mengapa kita mampu membeli dan menyediakan keperluan dengan lengkap dan memuaskan hati semua orang di sekeliling kita,,namun betapa kesian dan bodohnya kita kerana tidak mampu membeli pakaian yang boleh menutup aurat yang Ap88 rasakan sangat mudah dan murah dan bahawa manusia tidak kira lelaki dan perempuan tidak mampu,,Bodoh kan,entahler,,embun yang membasahi bumi sekadar mampu menghangatkan terjahan,,tetapi Ap88 bermadah bukan syok sendiri ,,malas nk Ap88 menulis lelama,,bukan apa,,kita sekadar akan melenakan orang yang 'tidur' dengan apa yang kita luahkan,,oooo,,biarkan Ap88 masukkan sedikit hadis yang mungkin mampu 'menyedarkan' atau 'melenakan' si tidur,,hehehe,harap maaf kerana tangan Ap88 terasa panas bahang dosa,,Ap88 tidak cukup ilmu,,renungkan seandainya panggilan Ilahi belum sampai lagi,,gunakan masa yang ada,,,salam dari Ap88

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan, beliau begitu bangga dengan juntaian rambutnya serta kejantanannya, tiba-tiba beliau ditenggelamkan oleh bumi, maka beliau pun terbenam di dalam bumi sehingga ke Hari Kiamat.

Hadis Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:
Seorang wanita datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku mempunyai seorang anak perempuan yang bakal menjadi pengantin. Beliau pernah diserang penyakit campak, sehingga rambutnya gugur. Bolehkah aku menyambungnya dengan rambut orang lain? Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mengutuk orang yang menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya.
Hadis Huzaifah r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu sekalian minum dalam bekas minuman emas dan perak. Jangan memakai pakaian dari sutera kerana pakaian sutera itu untuk mereka iaitu orang-orang kafir di dunia dan untuk kamu sekalian di akhirat pada Hari Kiamat kelak.

Ap88 mengharapkan berlaku perubahan ,,tetapi seandainya masih sama,,bersedia untuk menunggu panggilan dari Maha Pencipta,,

Tuesday, July 7, 2009

Sepetang bersama secawan Teh'o

salam,,sedang Ap88 merehatkann diri bersama hati yang sedang jauh menyelinap ,sedang Ap88 menghirup secawan Teh'o dan, tiba-tiba terlintas di pemikiran Ap88 mengapa perpaduan di antara kaum yang Ap88 menjadi penghuni didalam komuniti masih kurang bersatu ibarat melihat diri dalam keadaan terbalik di dalm cermin ajaib,Ap88 asyik mencari sebab mengapa begitu payah bebenar kita hendak beersatu terutamanya melibatkan hal-hal sensitif seperti pemilikan hak,kewangan,pemilikan harta dan aset,kemenangan politik,,Ini bertambah mudarat dengan permasalah sosial di kalangan remaja seusia dengan Ap88,adakah kehidupan di dunia yang semakin ke arah mengejar kenikmatan dunia merupakan petanda akan sampainya pembalasan atau Hari Kiamat,,,adakah mampu Ap88 bernyawa,,Ap88 mengharapkan sempat mati,Ap88 tidak sanggup nk menunggu sehingga Hari Kiamat kerana tidak tertahan melhat dosa yang bergelimpangan,sedangkan pada masa sekarang pun,,dosa makin bertambah cuma yang menyedihkan mereka tidak sedar roda asyik berputar,,entahlah,,,aduh,panas air teh'o ini,,tidak sangka ia seolah hendak cuba menyedarkan kehadiran supaya ia dihargai,,sekkian dari Ap88,,salam persahabatan,,,namun demikian,,Ap88 akan masukkan satu vidoe klip yang menayangkan gambaran Hari Kiamat secara 'lembutnya",,walaupun ia sekadar rekaan ,,Ap88 melihat terasa ketakutan... bayangkan kalau Hari Kiamat,,mesti dahsyat,,Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui,,Aduh,kesan tumpahan air Teh'o agak terasa di sanubari,,mungkin ada sebab tersirat,,,salam kemaafan dari Ap88 seandainya ilmu Ap88 tidak sehebat ,,mungkin ada yang mengaku hebat,,tetapi semuanya tidak sehebat dari pemillik sebenar yang mampu memusnahkan alam dengan sekelip mata,,ALLAH S.W.T.


renungkanlah sebelum jam pembalasan mula berdetik

Tuesday, June 30, 2009

Kepentingan memberi salam sebagai lambang perpaduan Umat Islam

Assalamualaikum.apa khabar saudara Ap88 yang dikasihi oleh Allah S.W.T..Ap88 mahu membingkai permasalahan di kalangan orang Islam yang "sejati" iaitu tabiat memberi dan menjawab salam,,kenapa kita begitu payah nk memberi salam dan menjawab salam,,adakah mulut kita nie tersimpan emas yang berat sampai payah memberi dan menjawab salam,,adakah payah sangat,,alangkah bodohnya kita kerana kita kurang sedar bahawa dengan memberi dan menjawab salam sebenar dapat mengukuhkan perpaduan kita,,oleh itu Ap88 akan memberi hadis untuh mengukuhkan pandangan Ap88,,diharap kita mengambil iktibar,,,

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

Tuesday, June 23, 2009

Hadis minggu ini..renungkanlah.....

Salam,,hari ini pada permulaan minggu ini,,Ap88 akan menceritakan tentang hadis yang berkaitan dengan pemerintahan,,salah satu contoh yang Ap88 rasakan yang terbaik ialah pada zaman keunggulan Rasulullah S.A.W. Ap88 merasa kagum dan teruja bagaimana Baginda boleh mentadbir sebuah negara yang tediri dari pelbagai bangsa dan agama sehingga kesan kegemilangan terasa sampai sekarang,,,Cuma hati kecil Ap88 terusik,,

Adakah pemimpin zaman sekarang mampu menggembalikan sedikit-sebanyak teknik atau kaedah pemerintahan yang di amalkan pada zaman
Rasulullah S.A.W. ? ?? entahlah,,Hanya ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui Segalanya..,,,,RENUNGKANLAH,,,,,,,,

Hadis riwayat Salamah ra., ia berkata:
Aku pernah ikut berperang bersama Rasulullah saw. sebanyak tujuh kali, serta pernah ikut serta dalam pasukan perang yang diutus beliau sembilan kali. Terkadang kami dipimpin oleh Abu Bakar dan terkadang juga dipimpin oleh Usamah bin Zaid

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata:
Penduduk Quraidhah hanya akan tunduk kepada keputusan Sa`ad bin Mu`adz. Rasulullah saw. lalu mengutus kepada Sa`ad sehingga datanglah Sa`ad menghadap beliau dengan menunggangi seekor keledai. Ketika ia sudah mendekati mesjid, Rasulullah saw. bersabda kepada kaum Ansar: Sambutlah pemimpin kamu sekalian atau orang yang terbaik di antara kalian! Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya mereka hanya akan tunduk dengan keputusanmu. Sa`ad menjawab: Kamu bunuh saja prajurit-prajurit perang mereka dan menawan anak keturunan mereka. Lalu Nabi saw. menjawab: Kamu telah memutuskan dengan hukum Allah. Atau barangkali beliau menjawab: Kamu telah memutuskan dengan hukum seorang raja. Tetapi Ibnu Mutsanna tidak menyebutnya dengan perkataan tersebut


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya


"Pinjaman di dunia hanya bersifat sementara"

Thursday, June 11, 2009

ALLAH S.W.T,,Pemilik Yang Kekal Abadi

Sekadar Renungan Bersama,,,.ALLAH S.W.T Maha Besar

Sekadar renungan bersama,,fikirlah,,bukan semua mampu menjadi seperti pemimpin yg betul,,,

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin ?
"Membela yang lemah dan membantu yang miskin" jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama ?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
YAng membela orang - arang lemah" jawabnya

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
"Bersabarlah, dan tetplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta"

Ya RAsulullah... Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tama'
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka !
Apa yang harus aku lakukan, Ya... RAsulullah !
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin ?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya ?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Karena Allah menganjurkan, "Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Karena hadits mengatakan, "Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi ?"

Sekadar cebisan,,renunglah,,INGATlah, apa yang kita perolehi ini adalah sekadar "PINJAMAN" dari pemilik sebenar ALLAH S.W.T

Template by: Free Blog Templates